Thursday 23 January 2014

Pinjaman Peribadi Bank Islam

Pinjaman Peribadi Bank Islam - Adakah anda sedang mencari maklumat mengenai Pinjaman Peribadi Bank Islam? Maka anda sekarang di tempat yang betul, melalui blog ini Admin akan kongsikan bersama anda beberapa maklumat penting yang perlu anda cakna sebelum memulakan apa-apa urusan yang berkaitan.

Buat pengetahuan anda, pinjaman peribadi Bank Islam yang juga dikenali sebagai Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam. Sila teruskan bacaan anda untuk lebih terperinci.

Apakah kemudahan yang ditawarkan oleh Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam?

Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam adalah kemudahan pembiayaan berjangka tidak bercagar / bercagar untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi yang dikira berdasarkan sama ada kadar tetap atau kadar berubah / terapung.

Apakah konsep Syariah dan kontrak yang diguna pakai?

Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq yang terdiri daripada Bai Murabahah dan kontrak Wakalah.
Ilustrasi daripada struktur produk digambarkan di bawah:



Apa yang saya dapat daripada produk ini?

~ Jumlah wang pembiayaan: Pembiayaan minimum sebanyak RM10,000 dan maksimum sebanyak RM200,000 atau lebih jika dijamin dengan cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan akan berdasarkan penilaian kredit Bank.

~ Tempoh: Dari 1 tahun (12 bulan) hingga 10 tahun (120 bulan).

~ Kadar keuntungan: Pelanggan boleh memilih untuk sama ada salah satu daripada dua jenis kadar iaitu kadar tetap atau kadar terapung:

Kadar tetap:

1-3 tahun - dari 3.25% hingga 6.00% setahun.
4-10 tahun - 4.50% hingga 7.00% setahun.

Kadar terapung:

1-3 tahun - Kadar Pembiayaan Asas (BFR) - 1.70% setiap setahun.
4-10 tahun - Kadar Pembiayaan Asas (BFR) - 0.40% setiap setahun.

Kadar keuntungan efektif:

Dari 4.90% kepada 6.20% bergantung kepada tempoh pembiayaan.

Demikian antara pengenalan mengenai pinjaman peribadi Bank Islam, sekiranya anda berniat untuk membuat pinjaman maka informasi di atas adalah penting untuk anda ambil peduli sebelum membuat permohonan samada secara online atau melalui cawangan Bank Islam di tempat anda. Selain itu anda juga harus ketahui tanggungjawap anda sebagai peminjam terutamanya dalam mengetahui selok-belok proses bayaran balik pinjaman.

Admin kongsikan maklumat mengenai bayaran balik pinjaman serta jadual bayaran balik dalam artikel yang akan datang. Semoga bermanfaat. Sekian.